Tentang Kami

Selamat datang ke BestAdvisor.my iaitu sebuah portal yang mempunyai panduan membeli-belah, ulasan dan servis tempatan untuk kehidupan seharian anda. Laman ini dicipta semata-mata bertujuan untuk membantu mengubah kediaman idaman anda. Hal ini bukan sahaja terhad kepada rumah & gaya hidup dalam bentuk barang-barang berharga, namun termasuk juga servis tempatan bagi membantu anda mengekalkan rumah dan gaya hidup.

 

Siapakah Kami

Ahli kumpulan kami ialah warga tempatan Malaysia yang gemar berkongsi tips dan cara-cara untuk menjadikan hidup anda lebih mudah. Ada daripada kami sudah menjadi ibu bapa yang benar-benar berusaha menjadikan kediaman selesa dan bersih untuk anak-anak. Rumah pintar & peralatan dapur serta servis tempatan yang boleh dipercayai adalah kunci kepada kehidupan yang lebih menyenangkan. Kami benar-benar percaya kediaman yang selesa tidak perlu mengeluarkan banyak wang.

Apa yang Kami Lakukan

Kami menghabiskan masa berjam-jam mengkaji dan mengulas produk & servis bagus untuk menaik taraf kediaman tanpa perlu berkompromi tentang wang kerana kami percaya ada cara lain untuk berjimat pada masa yang sama menjadikan rumah anda menjadi cantik dan selesa. Kami boleh membimbing di mana anda boleh membeli, cara-caranya dan apa yang patut anda utamakan ketika membuat pembelian.

Selain daripada itu, kediaman yang selesa tidak berguna jika orang yang tinggal di situ sedang sakit. Jadi, kami ada memberikan tips untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan servis berkelas tinggi bagi menjimatkan masa anda mencari penyedia yang terbaik.

Kumpulan Kami

Aaron Tan

Founder

Hey semua, Aaron disini adalah seorang bapa kepada 2 anak yang tinggal di Petaling Jaya, Malaysia. Saya sentiasa berharap untuk mempunyai rumah yang selesa untuk anak-anak dan keluarga saya. Selepas kelahiran anak pertama, saya dan isteri berpindah ke rumah baru. Saya fikir semuanya dalam keadaan baik sehinggalah saya mendapat kunci rumah dengan perabot separa lengkap.

Banyak perkara yang perlu dirancang dan dipasang seperti perabot rumah di ruang tamu dan bilik tidur. Tidak lupa juga membeli peralatan dapur dan rumah yang betul. Perkara ini mengambil banyak masa dan tenaga untuk mengkaji, mengulas dan mencari harga terbaik bagi setiap satu.

Kebanyakan masa, saya perlu melawat banyak laman membeli-belah & pembekal untuk mengumpul maklumat penting, membuat perbandingan serta memilih harga terbaik.

Oleh kerana saya telah membuat banyak kajian, apa salahnya berkongsi dengan orang ramai di luar sana yang mungkin ada memerlukan bantuan?

Saya bermula secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan saya menjemput kawan-kawan dan pemilik rumah yang “berpengalaman” untuk berkongsi tips dan panduan membeli-belah mereka. Saya harap laman ini boleh membantu anda berjimat banyak masa dan wang! Selamat mencuba!

Email: [email protected]

Alice Yeoh

Co-Founder

Alice adalah surirumah yang sentiasa sibuk dengan kerja rumah dan gemar memasak. Beliau suka mencuba benda baru dan membandingkan pelbagai jenis dapur dan peralatan rumah untuk memudahkan kerja rumahnya. Beliau juga ada mengulas berkenaan kontraktor servis rumah yang terbaik.

Email: [email protected]

Kathy Wong

Member

Kathy adalah seorang tukang masak yang amat menggemari apa yang dilakukannya. Kathy dan anak-anaknya gemar membakar kuih dan kek pada waktu pagi dan menggunakan semua jenis peralatan. Pengadun, pengisar, pembuat kopi, oven dan banyak lagi yang mereka ada. Beliau juga tahu peralatan mana yang terbaik! Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, lihat hantaran beliau!

Email: [email protected]

Matt Lee

Member

Matt adalah seorang peminat gadjet. Senarai beliau termasuklah alatan mudah alih, gadjet IT, laptop, elektronik dan banyak lagi. Beliau sering menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan untuk mencuba pelbagai jenis gadjet baru. Anda boleh lihat di sini keseluruhan senarai produk yang telah diulas dan dipilih dengan baik berdasarkan keperluan anda.

Email: [email protected]

Maklumat Hubungan

Alamat Email:

[email protected] (General)

[email protected] (Existing Partner)

[email protected] (Ads & PR)

No. Telefon: 03-8408 1104

Alamat:53-1, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara,47810 Petaling Jaya, Selangor

Last Updated on