Apa yang paling memuaskan tentang penyedian makanan sendiri ialah anda boleh menentukan dan mengawal bahan-bahan yang dimasukkan. Ini membuatkan pengalaman itu semakin bernilai jika anda boleh mencipta sesuatu daripada awal. Ramai daripada kita meneroka kemahiran baru sejak tahun lepas seterusnya mencuba peralatan dapur yang baru untuk mencipta lebih banyak kepelbagaian resipi.
Peralatan dapur yang semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia ialah pembuat mi, sama ada yang manual atau elektronik. Disebabkan mi ialah salah satu hidangan ruji orang Malaysia, dengan mendapatkan pembuat mi ini akan memastikan anda memperolehi bekalan mi yang segar dan berterusan bila-bila masa anda mahu.
Contents
- 1. Pensonic Noodle House PNM-01
- 2. Falcon Pasta / Cookies Maker
- 3. KBM 3 Blade Pasta Maker
- 4. CSmall : DIY Noodle / Juice Maker Stainless Steel Pressure Surface Machine
- 5. KT Stainless Steel Pasta Making Machine
- 6. Crazyideal Noodle Maker
- 7. YOHESO 5 Mode Stainless Steel Pasta Noodle Maker
- 8. Himitzu Stainless Steel Heavy Duty Noodle Making Machine
- Panduan Membeli Mesin Pembuat Mi
- Berikut adalah pembuat mi terbaik di Malaysia yang kami syorkan
- Soalan Lazim
Berikut adalah pilihan kami untuk tahun 2021:
1. Pensonic Noodle House PNM-01
Tahun Baru Cina ini apa kata anda menarik perhatian ahli keluarga dengan resipi mi yang dibuat segar dengan pembuat mi elektronik. Sangat mudah untuk digunakan oleh orang-orang yang baru berjinak di dapur seterusnya boleh membuat mi dan pasta sendiri.
- Gabungan uli dan ekstrusi doh segar secara automatik
- Menguli 3 minit dengan cepat
- 13 jenis Acuan Pasta dan Mi
Salah satu bahagian paling sukar membuat mi anda sendiri adalah mencapai ulian yang sempurna. Dengan Noodle House, anda tidak perlu risau lagi tentang itu.
Semak Harga Di Lazada2. Falcon Pasta / Cookies Maker
Jika anda gemar membuat biskut, anda pasti pernah menjumpai pembuat Pasta dan Biskut ini.
- Saiz sesuai untuk keluarga atau bisnes
- SENANG digunakan & RESIPI disediakan di Halaman kami: Falcon Pasta / Cookies Maker
- Senang dicuci dan diselenggarakan
Luaskan senarai resipi anda dengan cadangan resipi dari Falcon. Hal ini pasti akan menjimatkan masa dan penyediaan doh biskut anda. Buat banyak dengan gunakan sedikit sahaja tenaga.
Semak Harga Di Lazada3. KBM 3 Blade Pasta Maker
Pembuat pasta yang kompak dan mudah ini akan menyenangkan penyediaan makanan anda. Sama ada anda merancang untuk parti pasta atau jika anda mengidam sup mi, anda boleh guna pembuat pasta 3 bilah ini untuk menghasilkan anda ketebalan dengan konsisten mengikut resipi anda.
- Pembuat Pasta diperbuat daripada besi keluli tahan karat KBM
- 3 Bilah
- 9 Ketebalan
- Mi Tebal / Nipis
Ini adalah mesin manual yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menghasilkan mi anda sendiri. Ia juga senang dibersihkan dan disimpan dalam dapur kerana saiznya yang kompak.
Semak Harga Di Lazada4. CSmall : DIY Noodle / Juice Maker Stainless Steel Pressure Surface Machine
Terdapat banyak alatan dapur yang mempunyai pelbagai fungsi pada zaman sekarang, namun yang ini adalah kegemaran ramai kerana anda boleh sediakan hidangan penuh dengan hanya menggunakan mesin ini.
- Acuan keluli tahan karat berkualiti tinggi
- Senang digunakan dan menjimatkan masa
- Senang dibawa
Pembaharuan yang dibawakan oleh produk ini benar-benar popular dalam talian. Ia adalah salah satu peralatan terkecil yang boleh digunakan untuk membuat pasta/mi dan anda juga boleh mengekstrak jus di sini. Semua bahagian boleh dicuci dengan air untuk memudahkan penyelenggaraan.
Semak Harga Di Lazada5. KT Stainless Steel Pasta Making Machine
Buat pasta yang berkualiti setaraf dengan restoran dengan pembuat pasta manual ini. Anda boleh tentukan sendiri bahan-bahan yang anda mahu letakkan dalam pasta untuk mengekalkan kesegaran dan lebih bagus untuk kesihatan berbanding dengan pasta pra bungkus.
- Boleh menghasilkan 2 jenis pasta mi berlainan jenis
- Tempat bawah bergetah melindungi permukaan meja dan membuatkan ia kurang licin
- Pemegang yang lancar
Walaupun ini adalah mesin manual, anda masih boleh melaraskan ketebalan pasta menggunakan tetapan yang ditunjukkan dalam mesin. Ia cukup stabil untuk digunakan secara berterusan kerana mempunyai asas yang tahan lasak dan tidak mudah tergelincir.
Semak Harga Di Lazada6. Crazyideal Noodle Maker
Walaupun bersaiz kecil, ia dilengkapi dengan pemotong pelbagai saiz yang membolehkan anda untuk membuat semua saiz pasta daripada penne sehinggalah mi.
- Jenis alatan pasta: Pembuat Spaetzle
- Mesra alam
- Pembuat pasta manual
Pasta anda pasti menjadi segar dan selamat kerana produk ini diperbuat daripada besi keluli tahan karat berkualiti tinggi dan tidak bertoksik.
Semak Harga Di Lazada7. YOHESO 5 Mode Stainless Steel Pasta Noodle Maker
Adakah anda mencari novel dan pembuat pasta bersaiz kecil? Ini adalah pilihan terbaik untuk pemula yang baru mencuba mencipta pasta sendiri namun tidak bersedia untuk melabur dalam pembuat pasta profesional.
- Sesuai untuk penekan mesin pasta, ideal untuk membuat pasta segar dalam beberapa saat
- Sesuai untuk keluarga atau restoran
- Tiada berbahaya, tiada rasa, tidak menghakis
Tidak seperti mesin pasta tradisional, yang ini lebih senang digunakan. Anda boleh buat pasta sendiri dengan tiga langkah mudah dan basuh mesin dengan air selepas menggunakannya tanpa perlu risau tentang berkarat.
Semak Harga Di Lazada8. Himitzu Stainless Steel Heavy Duty Noodle Making Machine
Jika anda bersedia untuk membuat pasta yang terbaik, anda patut dapatkan mesin yang terhangat di pasaran daripada jenama Himitsu.
- Boleh memotong mi sehingga 5kg setiap jam
- Mesin ini akan mati sendiri jika terlampau panas
- Senang dioperasikan dan dibersihkan
Dikuasakan dengan elektronik jadi anda boleh hasilkan berkilo-kilo pasta tanpa letih dengan rasa kekal sama dan segar.
Semak Harga Di LazadaPanduan Membeli Mesin Pembuat Mi
Agar mengelirukan untuk membeli pembuat mi pada mulanya. Hal ini kerana, mesin itu bukanlah peralatan dapur yang kita biasa jumpa ketika membesar. Salah satu tips yang kita terima apabila mula membuat mi adalah mula secara kecil-kecilan dari segi harga dan saiz.
Dengan cara ini, anda boleh mengambil masa meneroka ketika proses awal penyediaan bahan-bahan untuk memotong pasta dengan sempurna menggunakan mesin ini. Agak bagus untuk mula dengan mesin manual bagi menunjukkan anda menghargai proses pembuatan mi. Selepas beberapa kali percubaan, anda sepatutunya boleh menentukan pasta/mi dengan konsisten dan lebih senang untuk menggunakakn mesin elektronik.
Berikut adalah pembuat mi terbaik di Malaysia yang kami syorkan
Soalan Lazim
Apakah jenama popular mesin pembuat mi?
Antara jenama popular mesin pembuat mi ialah Pensonic, Falcon dan KBM.
Kenapa saya perlu membeli mesin pembuat mi?
Anda perlu membeli mesin pembuat mi agar anda boleh membuat mi bila-bila masa sahaja dengan sihat dan segar!
Berapakah harga mesin pembuat mi?
Bergantung kepada model dan jenama, harga sekitar RM 300 – 2,000
Klik di sini untuk artikel popular.
This article was brought to you by BestAdvisor.my
Disclaimer: This is the opinion of the writer or publication. We only recommend products or services that we have tested and tried ourselves or have done in-depth research with positive external reviews and find them to be useful for everyone. The products/services shown are available upon the publication date. The availability may change from time to time. If some of them are not available, please email us at [email protected]. Thank you!
Last Updated on