6 Sangkar Kucing Terbaik di Malaysia – Ulasan 2022

Jadi anda telah memutuskan untuk membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Selamat datang ke dunia sebagai ibubapa kucing! Kami tahu untuk permulaan kucing membiasakan diri di kediaman baru merupakan satu cabaran.

Sesetengah kucing sudah terbiasa merayau-rayau diluar rumah walaupun ada juga yang pulang ke pangkuan keluarga, namun perkara ini amat berisiko terutamanya jika anda tinggal dalam komuniti yang tidak mesra haiwan peliharaan.

Benda pertama yang anda perlu dapatkan adalah sangkar kucing. Kami telah melakukan kajian bagi pihak anda. Berikut adalah 6 jenis sangkar kucing terbaik di Malaysia:

1. NaVa 49CM Sangkar Kucing Foldable Cage

Saiz sangkar ini amat sesuai untuk kegunaan secara tertutup. Sangkar ini didatangkan dengan 2 jenis warna yang comel!

  • 49cm (P)x 37cm(T) x 33cm(L)
  • Pintu auto-spring (berkembar: atas dan depan)
  • Tray plastik

Untuk harga berpatutan, sangkar ini sememangnya kelihatan premium. Pintu yang berspring berfungsi untuk mengelakkan kita lupa untuk menutup.

Semak Harga Di Lazada

2. Kualiti Tinggi Sangkar Kucing 2 Tingkat 2FT

Jika anda mencari sangkar yang luas untuk kucing anda, kami mengesyorkan anda mengambil sangkar ini. Anda boleh memuatkan makanan dan juga mainan kucing dengan selesa.

  • Satu pintu depan
  • Satu platform + tangga
  • Satu tray plastik

Anda tidak perlu risau tentang ruang jika anda memiliki sangkar ini kerana boleh dilipat. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan sangkar ini kerana tidak memerlukan ruang yang banyak.

Semak Harga Di Lazada

3. BeautyLand 6 Cubes Steel Wire Sangkar Kucing 3 Tingkat dengan Pintu & Tangga

Kami tahu agar sukar untuk menjaga kucing anda didalam sangkar untuk beberapa jam, tetapi anda tidak perlu risau lagi kerana sangkar ini seperti tempat permainan untuk anak bulus anda.

  • Wayar keluli tahan karat
  • Tahan lasak
  • Platform yang rata selesa untuk kaki kucing
  • 6 ruang berbentuk kiub

Sangkar ini juga mempunyai tangga dan ini pasti akan menggembirakan kucing anda.

Semak Harga Di Lazada

4. Sangkar Kucing/Anjing Tahan Karat

Kalau anda mahukan sesuatu yang kekal didalam rumah, kami amat mengesyorkan sangkar ini. Sangkar ini cukup luas untuk rumah kucing dan diperbuat dari bahan tahan lasak yang sesuai untuk kegunaan dalaman atau luaran.

  • Ukuran: 109cm (P) x 70cm (L)x 92cm (T)
  • Berat: 21.
  • 4 roda dan 2 tray plastik
  • Pintu depan yang besar dan kecil & pintu atas

Kucing anda boleh berulang-alik dengan senang melalui pintu kecil depan. Anda boleh memilih sama ada mahu mengunci atau biarkan sangkar ini terbuka untuk mereka makan dan tidur didalam.  

Semak Harga Di Lazada

5. NaVa Pets Villa Sangkar Kuching 4 Tingkat – Heavy Duty Wheels

Ini adalah sangkar comel yang sesuai dibawa ketika bercuti dengan kucing anda.

  • 135cm x 90 x 60cm
  • Besi tebal beroda
  • Senang untuk disimpan dan dilipat

Sesuai untuk kegunaan seekor kucing atau sementara. Anda boleh menyimpan kalau tidak menggunakannya. Sangkar ini adalah pilihan terbaik jika anda tinggal dalam apartment.

Semak Harga Di Lazada

6. 4 Tingkat Square Pipe Sangkar Anak Kucing

Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, ini adalah pilihan yang terbaik dan menjimatkan.

  • 4 tingkat (1 bawah + 2 platform tengah + 1 kamar).4 roda (2 kunci istimewa)
  • 2 tangga dan 1 dulang. 2 Pintu besar depan, 1 Pintu sisi, dan 1 Pintu atas.
  • Sesuai untuk 3 ekor kucing dewasa atau 5 ekor anak kucing

Sangkar ini dilengkapi dengan banyak aksesori yang boleh menjadi rumah untuk kucing anda. Mainan didalam sangkar akan membuat kucing seronok walaupun anda cuma perlu meletakkan hanya sekejap.

Semak Harga Di Lazada

Cara Pembelian Sangkar Kucing

Pertama kali membeli sangkar untuk kucing anda memang agak mengelirukan. Untuk membantu anda memilih sangkar yang betul dan tahan lama, anda harus ambil kira perkara ini:

  • Saiz – Hal ini agak sukar untuk dipertimbangkan kerana anda pasti tidak mahu sangkar memenuhi ruang rumah anda tapi pada masa yang sama anda mahu kucing anda bebas bergerak. Kuncinya disini adalah memilih sangkar yang menegak dan boleh dilipat terutamanya jika anda tidak mahu menggunakannya 24 jam.
  • Haiwan peliharaan – Jika anda memikirkan untuk menambah lagi kucing, hal ini patut dipertimbangkan. Elakkan membeli satu sangkar untuk setiap kucing kerana anda boleh membeli satu sangkar yang mempunyai banyak tingkat.
  • Dalaman atau luaran – Sesetengah keluarga lebih suka meletakkan sangkar diluar. Oleh itu, anda harus mencari sangkar yang diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan karat.

Lihat disini untuk harga sangkar kucing yang terbaik di Malaysia yang anda boleh beli secara atas talian:

  1. NaVa 49CM Sangkar Kucing Foldable Cage
  2. Kualiti Tinggi Sangkar Kucing 2 Tingkat 2FT
  3. BeautyLand 6 Cubes Steel Wire Sangkar Kucing 3 Tingkat dengan Pintu & Tangga

Klik di sini untuk artikel popular.

Latest posts by Alice Yeoh (see all)

    This article was brought to you by BestAdvisor.my

    Disclaimer: This is the opinion of the writer or publication. We only recommend products or services that we have tested and tried ourselves or have done in-depth research with positive external reviews and find them to be useful for everyone. The products/services shown are available upon the publication date. The availability may change from time to time. If some of them are not available, please email us at [email protected]. Thank you!

    Last Updated on